Thursday, 4 December 2014

Makanan berkhasiat semasa 1st trimester mengandung

Apa yang aku makan time masuk 1st trimester mengandung. Selain ubat yang dibekalkan oleh doctor seperti asid folic, vitamin B&C, Iron tablet aku juga makan makanan khasiat yg lain seperti

1. Buah kiwi


khasiatnya
                          1. Kekalkan Sistem Imuniti
Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

2. Tinggi asid folik


Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.
Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.
Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.
Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.
3. Mengurangkan Sembelit


Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.

4. Tidur nyenyak
Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda dan bayi.

5. Merendahkan Tekanan Darah
Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

2. Buah delima
Buah delima lupa nak snap. Khasiatnya nnti saya share kat bawah ye dkt jus delima sebab klebihannya sama saja. Korang boleh pilih nk minum jus,buah or pati delima.

3. Kismis tokguru


Kandungan nutrisi di dalam kismis
Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Antaranya ialah:
Garam mineral
  • Magnesium – baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
  • Kalsium dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.
  • Zat besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
  • Kalium – mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.
Vitamin-vitamin
  • Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
  • Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
  • Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
  • Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
  • Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan
Makanan untuk otak
Salah satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.
Membantu mengurangkan sembelit.
Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 g serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.
Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat-manfaat lain seperti:
· Melindungi hati
· Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
· Membantu sebagai penerang hati
· Membantu mengurangkan stress
· Membantu merawat penyakit anemia
· Membantu merawat masalah pelupa


4. Pati buah delima jenama gulsan


5. Pure Jus delima yang takde bahan pengawet.

Semua ni aku ambil sebab tekak ni dah x berapa selera dgn nasi. Nasi mkn sekali je sehari.

Berita gembira disahkan mengandung lagi

Alhamdulillah lepas 2tahun lebih tak mengandung,akhirnya aku mengandung lagi buat kali kedua.
Daniel sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Dia dah nak dapat adik. Mestilah seronok kan. Yelaa biasa dia main ng papa n mama nya je nanti baby daniel keluar dptla dia main2 dgn adiknya.

Mula2 aku dapat tahu yg aku mengandung lagi.. aku teringin sangat nak makan mangga. Memang hari2 beli mangga. Sampaikan boleh 2 botol buat jeruk mangga asam boi.

Bila aku dh lewat dtg period hampir sebulan terus hubby belikan pregnancy test. Inilah hasilnya..
alhamdulillah. Skrg kandungan dalam 2 bulan lebih.



Inilah rupa asam boi dan buah2 an yg hubby belikan. Allah! Memang sungguh menyelerakan anak tekakku.

Saturday, 1 November 2014

RESEPI BERJAYA

Assalamualaikum.. 
Kali ni mien nak share tips2 untuk berjaya walaupun mien sendiri masih lagi belum sampai kepuncak kejayaan.
Teringat pesanan Mentor saya iaitu Dr Azizan Osman. Mungkin semua orang dah mengenali beliau. 
Saya sangat sangat dkt DAO. Dialah Mentor saya . Saya betul2 sayang akan Elmunya. Moga DAO diberi kesihatan yang baik, di murahkan rezeki yang melimpah ruah, dipanjangkan usia untuk sentiasa memberikan dan berkongsi ilmu beliau kepada seluruh rakyat malaysia. Begitu saya kagumi beliau dengan aura beliau yang sentiasa melekat di hati saya.

Disini saya nak kongsi TIPS BERJAYA dari Dr.Azizan Osman.
M.E.S.T.I

M= Mentor ( Siapa mentor kita yang membuatkan kita boleh berjaya )
E = Elmu 
S = Sistem yang betul untuk kita berjaya. Bukan pakat main terjah jer.
T = Tindakan ( Tindakan adalah kuasa utama kita untuk berjaya. Walaupun kita dah        ada imu kepakaran kita tetapi kita tidak bertindak, semua nya sia-sia sahaja dan          ia tidak membuahkan hasil.
I = Impian ( Impian yang dibina akan membuatkan kita terus gigih berusaha untuk           berjaya.



Semoga kita semua KAYA DAN BERJAYA.. AMINNN

Motivasi DAO

Entry kali ni mien nak cite pasal motivate diri. 
Alhamdulillah..
Dulu masa belum kahwin.. saya kerja financial planner kat private bank. Mmg best jugak la sebab income byk jugak. But now mien dah retire keje kat situ.(slow skett) tapi msh syg kerja jumpa big2 clients ni.

Lepas dah kahwin then dapat baby pastu pindah ke perlis ikut suami..aktiviti kerja jumpa clients ni dah slow sket. Kiranya sy ni 100% housewife yang tak boleh duduk diam je kat rumah. Sy mesti buat something yg boleh happykn hidup sy. 
Now bila dh jd suri rumahtangga of course semua bkenaan rumah kita jaga.

Tambah2 lg sy mmg xsuka org jaga anak sy apatah lg pengasuh sbb tu la sy rse mcm nk bhenti kerja private bank tu.Dr lahir smp daniel umur 2thn lbh ni sy & hubby jaga 100%







Disebabkn my hobby suka layari internet..dari situ la mula berjinak2 nak berjual beli on9. Sy pk drp buang masa on9 dgn habes duit baik sy on9 dgn dapat duit.

Alhamdulillah.. Allah maha pemurah.ia permudakn jalan sy.Dulu 1st mniaga sy jual rumpai laut. Mmg berguni2 habes stok sy laku.Suamilah yg pegi pos barang customer sy. Sampai dia ckp dia dh mcm kena tkr profession sebab sbuk dgn p pos rumpai laut.Haha

Gambar rumpai laut berguni2 tu dah mien delete dalam tab ni.huhu
Kat bawah ni time mien jual tudung tahun 2012 bulan Nov time ni. Daniel baru 2 bulan. Hari2 org order. Alhamdulillah. Orang cakap rezeki anak.


Ikhlas, jujur dlm bniaga kunci nk berjaya. Jgn dengki dgn orang. Ingat ALLAH !! Sedekah selalu.
Buat baik kt org. BLOCK Negative people. POSITIVE THINKING ..

Buatlah kerja apa pun klu kita usaha, rajin Allah pasti bg. Jgn busuk hati kt org.Jgn tipu org. Buat baik dgn Mak Ayah dan keluarga. Berkat rezeki. Jgn banyak mengeluh. Apa korang nk buat just do it.Yg pnting korang buat srsuatu dgn M.E.S.T.I.

MESTI nanti next entry mien cite..

Monday, 27 October 2014

Romantika Kahwin

Kalau korang dah sampai seru nak kahwin mesti banyak preparation yang nak dibuatkan. Macam tu jugalah dengan mien.. Kalau boleh dari A-Z kita nak buat sendiri coz time mien kahwin takde pun nak pakai wedding planner. Semuanya nak buat sendiri.

But alhamdulillah majlis simple berjalan dengan lancar.
Gambar ni tahun 2011 lagi. Nampak kan simple je pelamin. Hehe. Yang penting tema mesti kuning. Sebab nak ikut tema di raja. Hehe. Walaupun takde kaitan dengan raja.kerabat diraja tu ada la jauh2..
 Kalau dulu orang suka pakai songket.. pastu lace now mien tengok dah ramai yg suka pakai songket balik. So untuk korang yang nak kahwin memang patut pakai songket sebab ia adalah satu tradisi melayu kita. Nice kan..

 Time ni memang sangat mendebarkan.if korang dah kahwin mesti boleh feel part ni. Berdebar2 sejuk je tangan lepas sah dijabkabulkan..

Inilah kenangan kat kampung. Adik beradik abang ipar dengan mak ayah bersama-sama saat paling seronok. Haha yang tak tahan tu kalau kahwin je mesti nak ikut tema sampai semua nak kaler kuning. Sampai langsir rumah pun kuning.

Time korang kawin ada ke macam ni ye.. kalau merah tu..semuanya merah.haha
Rasa2 tahun 2014 ni pemilihan kaler lebih kepada pastel kaler kan. Apa2 pun terpulanglah kat citarasa masing-masing.