1. Buah kiwi
khasiatnya
1. Kekalkan Sistem Imuniti
Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.
2. Tinggi asid folik
Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.
Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.
Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.
Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.
3. Mengurangkan Sembelit
Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.
4. Tidur nyenyak
Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda dan bayi.
5. Merendahkan Tekanan Darah
Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.
2. Buah delima
Buah delima lupa nak snap. Khasiatnya nnti saya share kat bawah ye dkt jus delima sebab klebihannya sama saja. Korang boleh pilih nk minum jus,buah or pati delima.
Buah delima lupa nak snap. Khasiatnya nnti saya share kat bawah ye dkt jus delima sebab klebihannya sama saja. Korang boleh pilih nk minum jus,buah or pati delima.
3. Kismis tokguru
Kandungan nutrisi di dalam kismis
Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Antaranya ialah:
Garam mineral
- Magnesium – baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
- Kalsium dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.
- Zat besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
- Kalium – mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.
Vitamin-vitamin
- Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
- Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
- Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
- Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
- Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan
Makanan untuk otak
Salah satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.
Membantu mengurangkan sembelit.
Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 g serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.
Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat-manfaat lain seperti:
· Melindungi hati
· Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
· Membantu sebagai penerang hati
· Membantu mengurangkan stress
· Membantu merawat penyakit anemia
· Membantu merawat masalah pelupa
4. Pati buah delima jenama gulsan
5. Pure Jus delima yang takde bahan pengawet.
Semua ni aku ambil sebab tekak ni dah x berapa selera dgn nasi. Nasi mkn sekali je sehari.


No comments:
Post a Comment